Bantuan Pengkajian
Israel


Israel

Tuhan memberikan nama Israel kepada Yakub, anak lelaki kepada Ishak dan cucu lelaki kepada Abraham dalam Perjanjian Lama (Kej. 32:28; 35:10). Nama Israel boleh merujuk kepada diri Yakub, keturunannya, atau kepada kerajaan yang pernah dimiliki oleh keturunan tersebut dalam zaman Perjanjian Lama (2Ā Sam. 1:24; 23:3). Selepas Musa memimpin anak-anak Israel keluar dari perhambaan orang Mesir (Kel. 3ā€“14), mereka diperintah oleh para hakim selama lebih tiga ratus tahun. Bermula dengan Raja Saul, raja-raja telah memerintah ke atas Israel yang dipersatukan sehinggalah kematian Salomo, apabila sepuluh suku memberontak terhadap Rehabeam untuk membentuk sebuah negara yang terpisah. Selepas kerajaan Israel terbahagi, suku-suku di sebelah utara, sebagai bahagian yang terbesar, mengekalkan nama Israel, manakala kerajaan sebelah selatan dipanggil Yehuda. Negeri Kanaan juga dipanggil Israel pada masa kini. Dalam erti lain, Israel bermaksud orang percaya yang sejati kepada Kristus (Rm. 10:1; 11:7; Gal. 6:16; Ef. 2:12).

Dua belas suku Israel

Cucu lelaki Abraham, Yakub, yang namanya telah diubah kepada Israel, mempunyai dua belas orang anak lelaki. Keturunan mereka telah dikenali sebagai dua belas suku Israel atau anak-anak Israel. Inilah dua belas suku tersebut: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon (anak-anak lelaki Yakub bersama Lea); Dan dan Naftali (anak-anak lelaki Yakub bersama Bilha); Gad dan Asyer (anak-anak lelaki Yakub bersama Zilpa); Yusuf dan Benyamin (anak-anak lelaki Yakub bersama Rahel) (Kej. 29:32ā€“30:24; 35:16ā€“18).

Yakub memberikan setiap pemimpin suku suatu berkat sebelum kematiannya (Kej. 49:1ā€“28). Untuk maklumat lanjut, lihat nama bagi setiap anak lelaki Yakub.

Ruben, anak lelaki sulung kepada isteri pertama Yakub, Lea, kehilangan berkat hak anak sulungnya dan bahagian ganda warisannya kerana tidak berakhlak (Kej. 49:3ā€“4). Hak anak sulung kemudiannya jatuh kepada Yusuf, yang adalah anak lelaki sulung kepada isteri kedua Yakub, Rahel (1Ā Taw. 5:1ā€“2). Lewi, suku yang telah dipilih oleh Tuhan untuk melayani sebagai para pelayan imamat-Nya, tidak menerima suatu warisan kerana panggilan istimewa mereka untuk melayani di antara semua suku-suku. Ini membenarkan bahagian ganda Yusuf dikongsi oleh anak-anak lelaki Yusuf, Efraim dan Manasye (1Ā Taw. 5:1; Yer. 31:9), yang dikira sebagai suku-suku Israel yang terpisah (TJS, Kej. 48:5ā€“6 [Lampiran]).

Para anggota dari suku Yehuda hendaklah menjadi para pemerintah sehingga Mesias telah datang (Kej. 49:10; TJS, Kej. 50:24 [Lampiran]). Pada hari-hari terakhir suku Efraim memiliki hak istimewa dalam membawa pesanan Pemulihan Injil kepada dunia dan pengumpulan Israel yang telah tercerai-berai (Ul. 33:13ā€“17). Masanya akan tiba apabila melalui Injil Yesus Kristus, Efraim akan memiliki suatu peranan kepimpinan dalam menyatukan semua suku-suku Israel (Yes. 11:12ā€“13; A&P 133:26ā€“34).

Pencerai-beraian Israel

Tuhan mencerai-beraikan dan menyengsarakan dua belas suku Israel kerana ketidaksolehan dan pemberontakan mereka. Bagaimanapun, Tuhan juga menggunakan pencerai-beraian ini melalui umat pilihan-Nya di antara bangsa-bangsa dunia untuk memberkati bangsa-bangsa tersebut.

Pengumpulan Israel

Bani Israel akan dikumpulkan bersama pada hari-hari terakhir sebelum kedatangan Kristus (FK 1:10). Tuhan mengumpulkan umat Israel-Nya ketika mereka menerima-Nya dan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Sepuluh suku Israel yang hilang

Sepuluh suku Israel membentuk kerajaan utara Israel dan telah dibawa pergi tertawan ke Assyria pada 721Ā S.M. Pada waktu itu mereka telah pergi ke ā€œnegara-negara utaraā€ dan menjadi hilang bagi pengetahuan orang lain. Pada hari-hari terakhir mereka akan kembali.