Bantuan Pengkajian
Yakub, Anak lelaki Lehi


Yakub, Anak lelaki Lehi

Seorang nabi di dalam Kitab Mormon dan pengarang kepada beberapa khutbah di dalam kitab 2Ā Nefi dan kitab Yakub (2Ā Ne. 6ā€“11; Yakub 1ā€“7).

Kitab Yakub

Kitab yang ketiga di dalam Kitab Mormon. Bab 1 menceritakan bahawa Nefi menyerahkan catatan-catatan kepada Yakub dan kemudian mentahbiskan Yakub dan adik lelakinya Yusuf menjadi imam dan pengajar kepada orang-orang. Bab 2ā€“4 ialah khutbah-khutbah menasihati orang untuk menjadi bersih secara moral. Yakub juga mengajarkan tentang kedatangan Mesias yang menebus, dan dia memberikan sebab-sebab mengapa sejumlah orang di Israel tidak akan menerima-Nya pada kedatangan-Nya. Bab 5ā€“6 mengandungi kesaksian Yakub dan suatu kiasan kenabian mengenai sejarah dan misi bangsa Israel. Bab 7 mengandungi sebuah catatan tentang seorang pemberontak yang terpelajar bernama Serem, yang dikalahkan oleh kesaksian ilahi Yakub.