Bantuan Pengkajian
Yehuda


Yehuda

Dalam Perjanjian Lama, anak lelaki keempat kepada Yakub dan Lea (Kej. 29:35; 37:26ā€“27; 43:3, 8; 44:16; 49:8). Yakub memberkati Yehuda bahawa dia akan secara semula jadinya menjadi pemimpin di kalangan anak-anak lelaki Yakub dan bahawa Siloh (Yesus Kristus) akan menjadi keturunannya (Kej. 49:10).

Suku Yehuda

Suku Yehuda mengambil pucuk kepimpinan selepas penempatan di Kanaan. Saingan utamanya ialah suku Efraim. Musa memberkati suku Yehuda (Ul. 33:7). Setelah pemerintahan Salomo, suku Yehuda menjadi kerajaan Yehuda.

Kerajaan Yehuda

Dalam pemerintahan Rehabeam kekuasaan-kekuasaan Salomo telah dipecahkan kepada dua kerajaan yang berpisahan, terutama kerana kecemburuan di antara suku Efraim dan Yehuda. Kerajaan sebelah selatan, atau kerajaan Yehuda, merangkumi suku Yehuda dan bahagian yang lebih besar dari suku Benyamin. Yerusalem ialah ibu kotanya. Secara keseluruhannya ia tetap lebih setia pada penyembahan Yehovah daripada kerajaan di utara. Yehuda kurang terdedah kepada serangan dari utara dan timur, dan kekuasaan tinggi tetap berada di dalam tangan keluarga Daud sehinggalah penawanan orang Babilonia. Kerajaan Yehuda berjaya wujud selama 135 tahun selepas keruntuhan kerajaan Israel yang lebih berpopulasi dan lebih berkuasa.

Kayu Yehuda

Ini merujuk kepada Alkitab sebagai sebuah catatan tentang bani Yehuda (Yeh. 37:15ā€“19). Pada zaman terakhir, apabila berbagai cabang dari bani Israel dikumpulkan, catatan-catatan suci mereka juga akan dikumpulkan bersama. Catatan-catatan tulisan suci ini saling melengkapi dan membentuk kesatuan kesaksian bahawa Yesus ialah Kristus, Tuhan Israel dan Tuhan seluruh bumi (TJS, Kej. 50:24ā€“36 [Lampiran]; 2Ā Ne. 3; 29).