Bantuan Pengkajian
Kematian Rohani


Kematian Rohani

Pemisahan daripada Tuhan dan pengaruh-pengaruh-Nya; mati dalam hal-hal yang berkaitan dengan kesolehan. Lusifer dan sepertiga bahagian dari bala tentera syurga menderita kematian rohani apabila mereka diusir keluar dari syurga (A&P 29:36ā€“37).

Kematian rohani diperkenalkan ke dalam dunia melalui Kejatuhan Adam (Musa 6:48). Mahkluk-makhluk fana dengan pemikiran, pertuturan, pekerjaan yang jahat adalah mati secara rohani sementara masih hidup di atas bumi (1Ā Tim. 5:6). Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus dan melalui kepatuhan kepada asas-asas dan tatacara-tatacara Injil, para lelaki dan wanita dapat menjadi bersih daripada dosa dan mengatasi kematian rohani.

Kematian rohani juga berlaku selepas kematian tubuh fana. Baik semua makhluk yang dibangkitkan mahupun iblis dan para malaikatnya akan dihakimi. Mereka yang telah memberontak secara rela terhadap cahaya dan kebenaran Injil akan menderita kematian rohani. Kematian ini sering dipanggil kematian kedua (Alma 12:16; Hel. 14:16ā€“19; A&P 76:36ā€“38).