Bantuan Pengkajian
Abraham


Abraham

Anak lelaki Terah, dilahirkan di Ur, tempat orang Kasdim (Kej. 11:26, 31; 17:5). Seorang nabi Tuhan yang dengannya Tuhan membuat perjanjian abadi, yang melaluinya semua bangsa di bumi diberkati. Abraham asalnya dinamakan Abram.

Kitab Abraham

Catatan kuno yang telah ditulis oleh Abraham yang telah datang dan menjadi milik Gereja pada 1835. Catatan tersebut dan beberapa mumia ditemui di dalam kubur bawah negeri Mesir oleh Antonio Lebolo, yang mengamanahkannya kepada Michael Chandler. Chandler mempamerkannya di Amerika Syarikat pada tahun 1835. Beberapa teman Joseph Smith membelinya dari Chandler dan memberikannya kepada Nabi, yang telah menterjemahkannya. Beberapa catatan ini sekarang boleh ditemui di dalam Mutiara yang Sangat Berharga.

Bab 1 mencatatkan pengalaman Abraham di Ur, di tempat orang Kasdim, di mana para imam yang jahat cuba untuk mengorbankannya. Bab 2 menceritakan tentang perjalanannya ke Kanaan. Tuhan muncul kepadanya dan membuat perjanjian dengannya. Bab 3 mencatatkan bahawa Abraham melihat alam semesta dan menanggapi hubungan-hubungan antara tubuh-tubuh syurgawi. Bab 4ā€“5 adalah catatan lain tentang Penciptaan.

Benih keturunan Abraham

Orang-orang yang, melalui kepatuhan pada hukum-hukum dan tatacara-tatacara Injil Yesus Kristus, menerima janji-janji dan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh Tuhan kepada Abraham. Para lelaki dan wanita dapat menerima berkat-berkat ini jika mereka adalah dari garis keturunan langsung dari Abraham atau jika mereka diangkat ke dalam keluarganya dengan memeluk Injil dan dibaptiskan (Gal. 3:26ā€“29; 4:1ā€“7; A&P 84:33ā€“34; 103:17; 132:30ā€“32; Abr. 2:9ā€“11). Para keturunan langsung dari Abraham boleh kehilangan berkat-berkat mereka melalui ketidakpatuhan (Rm. 4:13; 9:6ā€“8).