Bantuan Pengkajian
Ajaran dan Perjanjian


Ajaran dan Perjanjian

Sebuah koleksi wahyu-wahyu ilahi dan perisytiharan yang diilhamkan pada zaman akhir. Tuhan Kristus memberikan ini kepada Joseph Smith dan beberapa penggantinya untuk penubuhan dan pengaturan kerajaan Tuhan di atas bumi pada hari-hari terakhir. Ajaran dan Perjanjian ialah salah satu daripada tulisan suci rasmi Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, bersama-sama dengan Alkitab, Kitab Mormon, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Bagaimanapun, Ajaran dan Perjanjian adalah unik, kerana ianya bukan sebuah penterjemahan dari dokumen-dokumen purba; Tuhan memberikan wahyu-wahyu ini kepada para nabi-Nya yang terpilih pada zaman moden ini bagi memulihkan kerajaan-Nya. Dalam wahyu-wahyu tersebut seseorang akan mendengar suara Tuhan Yesus Kristus yang lembut tetapi tegas (A&P 18:35ā€“36).

Sejarah Joseph Smith mengatakan bahawa Ajaran dan Perjanjian ialah landasan Gereja pada zaman akhir dan suatu manfaat kepada dunia (tajuk A&P 70). Wahyu-wahyu di dalamnya memulai pekerjaan mempersiapkan jalan bagi Kedatangan Kedua Tuhan Kristus, dalam menggenapi semua perkataan yang telah dikatakan oleh para nabi sejak dunia bermula.