Bantuan Pengkajian
Yoel


Yoel

Seorang nabi di negeri Yehuda di dalam Perjanjian Lama. Masa kehidupannya adalah tidak pastiā€”dia mungkin telah hidup kira-kira di antara masa pemerintahan Yoas, sebelum 850Ā S.M., dan masa kepulangan suku Yehuda dari penawanan di Babilon.

Kitab Yoel

Kitab tersebut berpusat pada suatu nubuat yang dibuat oleh Yoel setelah negeri Yehuda dilanda dengan kemarau yang amat teruk dan dengan belalang perosak (Yl. 1:4ā€“20). Yoel meyakinkan orang-orang bahawa melalui pertaubatan mereka akan menerima semula berkat-berkat dari Tuhan (Yl. 2:12ā€“14).

Bab 1 ialah panggilan bagi sebuah pertemuan khusyuk di dalam rumah Tuhan. Bab 2 menceritakan tentang peperangan dan kemusnahan yang mendahului Zaman Seribu Tahun. Bab 3 berbicara mengenai zaman akhir dan mengesahkan bahawa segala bangsa akan berperang tetapi pada akhirnya Tuhan akan berdiam di Sion.

Petrus memetik nubuat Yoel tentang pencurahan Roh pada hari Pentakosta (Yl. 2:28ā€“32; Kis. 2:16ā€“21). Malaikat Moroni juga memetik petikan yang sama kepada Joseph Smith (JSā€”S 1:41).