Perubahan fikiran dan hati yang membawa sikap yang baru terhadap Tuhan, diri sendiri, dan kehidupan secara umum. Pertaubatan mengandung erti bahawa seseorang berpaling dari yang jahat serta memalingkan hati dan kehendaknya kepada Tuhan, tunduk pada perintah-perintah dan hasrat Tuhan serta meninggalkan dosa. Pertaubatan sejati datang dari kasih bagi Tuhan dan hasrat yang tulus untuk mematuhi perintah-perintah-Nya. Semua orang yang bertanggungjawab telah berdosa dan mesti bertaubat supaya maju menuju keselamatan. Hanya melalui Korban Tebusan Yesus Kristus pertaubatan kita dapat menjadi berkesan dan diterima oleh Tuhan.
Akuilah dosa kamu di hadapan Tuhan, Ezr. 10:11 .
Hentikanlah segala kejahatan yang kamu lakukan; Jangan berbuat jahat lagi, Yes. 1:16 .
Bertaubatlah, dan tinggalkanlah segala kejahatan yang telah kamu lakukan, Yeh. 18:30–31 .
Bertaubatlah kamu: kerana kerajaan syurga di depan mata, Mat. 3:2 .
Demikian juga di syurga ada kegembiraan yang lebih besar kerana seorang berdosa bertaubat, Luk. 15:7 .
Tuhan memerintahkan semua manusia agar bertaubat, Kis. 17:30 (2 Ne. 9:23 ; 3 Ne. 11:31–40 ; A&P 133:16 ).
Dukacita menurut kehendak Tuhan menghasilkan pertaubatan yang mendatangkan penyelamatan, 2Â Kor. 7:10 .
Roh Tuhan Yang Maha Kuasa, yang telah mengerjakan perubahan yang hebat dalam hati kami, sehingga kami tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, Mosia 5:2 .
Jika dia mengakui dosa-dosanya dan bertaubat, dia hendaknya kamu ampuni, Mosia 26:29 .
Setelah ucapan Alma, banyak orang mula bertaubat, Alma 14:1 .
Tidak menangguhkan hari pertaubatanmu, Alma 34:33 .
Alma mengajari Helaman akan pertaubatan dan penukaran hati, Alma 36 (Mosia 27:8–32 ).
Pertaubatan tidak dapat datang kepada manusia kecuali ada hukuman, Alma 42:16 .
Biarlah dosa-dosamu menyusahkanmu lagi, yang akan merendahkanmu sampai pada pertaubatan, Alma 42:29 .
Kamu akan mempersembahkan sebagai korban kepada-Ku sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal, 3Â Ne. 9:20 .
Sesiapa yang bertaubat dan datang kepada-Ku seperti seorang anak kecil, dialah yang akan Aku terima, 3Â Ne. 9:22 .
Bertaubatlah, kamu segenap hujung bumi, 3Â Ne. 27:20 .
Jika mereka selalu bertaubat, mereka akan diampuni, Moro. 6:8 .
Janganlah mengatakan apa pun selain pertaubatan kepada generasi ini, A&P 6:9 (A&P 11:9 ).
Betapa besar kebahagiaan-Nya di dalam jiwa yang bertaubat, A&P 18:13 .
Setiap orang mesti bertaubat atau menderita, A&P 19:4 .
Dia yang berdosa dan tidak bertaubat akan diusir, A&P 42:28 .
Dia yang mengakui dan meninggalkan dosa-dosanya diampuni, A&P 58:42–43 .
Orang mati yang bertaubat akan ditebus, A&P 138:58 .