Bantuan Pengkajian
Surat-Surat Paulus


Surat-Surat Paulus

Empat belas kitab dalam Perjanjian Baru yang aslinya adalah surat-surat yang ditulis oleh Rasul Paulus kepada para anggota Gereja. Itu boleh dibahagi ke dalam kelompok-kelompok sebagai berikut:

1Ā dan 2Ā Tesalonika (50ā€“51Ā M)

Paulus menulis surat-surat kepada jemaah Tesalonika dari Korintus selama perjalanan misinya yang kedua. Pekerjaannya di Tesalonika dihuraikan dalam Kisah Rasul-Rasul 17. Dia ingin kembali ke Tesalonika, tetapi dia tidak dapat melakukannya (1Ā Tes. 2:18). Dia oleh kerana itu mengutus Timotius untuk menghibur hati orang yang tukar hati dan membawakannya khabar tentang bagaimana keadaan mereka. Surat pertama adalah hasil dari rasa terima kasihnya atas kembalinya Timotius. Surat kedua ditulis tak lama kemudian.

1Ā and 2Ā Korintus, Galatia, Roma (55ā€“57Ā M)

Paulus menulis surat itu kepada orang Korintus semasa perjalanan misi yang ketiga untuk menjawab soalan-soalan dan menbetulkan keadaan kelam-kabut di kalangan Orang Suci di Korintus.

Surat kepada jemaah Galatia mungkin ditulis kepada banyak unit Gereja di seluruh Galatia. Sebahagian ahli Gereja meninggalkan Injil kerana lebih berkenan dengan hukum Yahudi. Dalam surat ini, Paulus menjelaskan tujuan hukum Musa dan nilai suatu agama rohani.

Paulus menulis surat kepada jemaah Rom dari Korintus, antara lain untuk mempersiapkan para Orang Suci Rom untuk kunjungan yang diharapkannya akan dilakukan kepada mereka. Surat ini juga menegaskan kembali ajaran-ajaran yang sedang dipertikaikan oleh sebahagian orang Yahudi yang telah bertukar hati pada agama Kristian.

Filipi, Kolose, Efesus, Filemon, Ibrani (60ā€“62Ā M)

Paulus menulis surat-surat ini saat dia berada di dalam penjara yang pertama kali di Rom.

Paulus menulis surat-surat kepada jemaah Filipi terutama untuk menyampaikan rasa syukur dan kasih sayangnya untuk para Orang Suci Filipi dan untuk menghibur hati mereka dari kekecewaan akan penahanannya yang lama.

Paulus menulis surat kepada jemaah Kolose sebagai akibat dari laporan bahawa para Orang Suci Kolose sedang jatuh ke dalam kesilapan yang serius. Mereka percaya bahawa kesempurnaan datang melalui ketaatan yang saksama terhadap tatacara-tatacara luaran saja daripada pengembangan watak seperti Kristus.

Surat kepada jemaah Efesus mempunyai kepentingan besar, kerana mengandungi ajaran-ajaran Paulus tentang Gereja Kristus.

Surat kepada Filemon adalah sepucuk surat peribadi tentang Onesimus, abdi yang telah merompak majikannya, Filemon, dan melarikan diri ke Rom. Paulus mengutus Onesimus kembali kepada majikannya dengan surat yang meminta agar Onesimus diampuni.

Paulus menulis surat kepada orang-orang Ibrani bagi para ahli Gereja orang Yahudi untuk memujuk mereka bahawa hukum Musa telah digenapi di dalam Kristus dan bahawa hukum Injil Kristus telah menggantikannya.

1Ā dan 2Ā Timotius, Titus (64ā€“65Ā M)

Paulus menulis surat-surat ini setelah dia dibebaskan dari penjara di Rom yang pertama kali.

Paulus melakukan perjalanan ke Efesus, di mana dia meninggalkan Timotius untuk menghentikan pertumbuhan beberapa bentuk spekulasi, bermaksud sesudahnya untuk kembali. Dia menulis surat pertamanya kepada Timotius, barangkali dari Makedonia, untuk menasihati dan mendorongnya dalam pemenuhan kewajipannya.

Paulus menulis surat kepada Titus pada suatu masa ketika dia bebas dari penjara. Dia mungkin telah mengunjungi Kreta, di mana Titus sedang melayani. Surat ini terutama berurusan dengan kehidupan yang soleh dan disiplin di dalam Gereja.

Paulus menulis surat keduanya kepada Timotius sementara berada di dalam penjara yang kedua kali, sesaat sebelum kesyahidan Paulus. Surat ini mengandungi kata-kata terakhir Paulus dan memperlihatkan keberanian dan kepercayaan yang menakjubkan yang dengannya dia menghadapi kematian.