Bantuan Pengkajian
Neraka


Neraka

Wahyu zaman akhir berbicara mengenai neraka sekurang-kurangnya dalam dua erti. Pertama, ia adalah kediaman sementara di dalam dunia roh bagi mereka yang tidak patuh pada waktu kefanaan. Dalam maksud ini, neraka mempunyai akhiran. Roh-roh di sana akan diajarkan Injil, dan kekadang diikuti dengan pertaubatan mereka, mereka akan dibangkitkan pada suatu tingkat kemuliaan yang layak bagi mereka. Mereka yang tidak akan bertaubat, tetapi meskipun begitu bukanlah para putera keterkutukan, akan tetap berada di neraka sepanjang Zaman Seribu Tahun. Selepas seksaan seribu tahun ini, mereka akan dibangkitkan pada kemuliaan telestial (A&P 76:81ā€“86; 88:100ā€“101).

Kedua, ia adalah tempat kekal bagi mereka yang tidak ditebus melalui Korban Tebusan Yesus Kristus. Dalam maksud ini, neraka ialah kekal. Ia adalah untuk mereka yang ditemui ā€œtetap kotorā€ (A&P 88:35, 102). Inilah tempat yang mana Setan, para malaikatnya, dan para putera keterkutukanā€”mereka yang telah menyangkal Putera selepas Bapa telah mengungkapkan-Nyaā€”akan tinggal secara abadi (A&P 76:43ā€“46).

Tulisan suci kekadang merujuk neraka sebagai kegelapan luar.