Bantuan Pengkajian
Yusuf, Suami Maria


Yusuf, Suami Maria

Suami kepada Maria, ibu Yesus. Yusuf ialah seorang keturunan dari Daud (Mat. 1:1ā€“16; Luk. 3:23ā€“38) dan tinggal di Nazaret. Dia bertunangan dengan Maria. Tepat sebelum perkahwinan mereka, Maria telah menerima suatu kunjungan dari malaikat Gabriel, yang mengumumkan bahawa Maria telah dipilih untuk menjadi ibu kepada Juruselamat (Luk. 1:26ā€“35). Yusuf juga menerima wahyu mengenai kelahiran yang ilahi ini (Mat. 1:20ā€“25).

Maria merupakan satu-satunya orang tua duniawi kepada Yesus kerana Tuhan Bapa ialah bapa kepada Yesus. Tetapi orang Yahudi menganggap Yusuf sebagai bapa Yesus, dan Yesus memperlakukannya demikian juga (Luk. 2:48, 51). Diperingatkan melalui mimpi syurgawi, Yusuf melindungi kehidupan bayi Yesus dengan melarikan diri ke Mesir (Mat. 2:13ā€“14). Setelah Herod mati, seorang malaikat mengarahkan Yusuf untuk membawa Kristus yang masih kecil kembali ke Israel (Mat. 2:19ā€“23).