Penghormatan Lihat juga Hormat; Takut Hormat yang mendalam untuk apa yang kudus; rasa takjub. Tuhan perintahkan Musa untuk menanggal kasutnya kerana dia sedang berdiri di tanah yang suci, Kel. 3:4ā5. Tuhan sangat ditakuti dan dihormati, Mzm. 89:7. Menyembah Tuhan dengan hormat dan ketakutan menurut kehendak Tuhan, Ibr. 12:28. Moroni membongkokkan dirinya ke tanah, dan dia berdoa dengan amat kuat, Alma 46:13. Orang ramai tersebut jatuh ke atas tanah dan menyembah Kristus, 3Ā Ne. 11:12ā19. Membongkokkan diri di hadapan-Ku, A&P 5:24. Segala hal tunduk dalam ketakziman kerendahan hati di hadapan takhta Tuhan, A&P 76:93. Fikiranmu telah digelapkan kerana kamu telah memandang remeh hal-hal yang telah kamu terima, A&P 84:54ā57. Setiap lutut akan melutut, dan setiap lidah akan mengakui, A&P 88:104. Kerana rasa hormat atau takzim terhadap nama Makhluk Agung itu, Gereja menyebut imamat itu menurut nama Melkisedek, A&P 107:4. Berkat-berkat akan dicurahkan kepada mereka yang menghormati Tuhan di dalam rumah-Mu, A&P 109:21.