Yang tertinggi dari tiga tahap kemuliaan yang seseorang boleh capai selepas kehidupan ini. Di sinilah orang yang soleh akan berdiam dalam hadirat Tuhan Bapa dan Putera-Nya Yesus Kristus.
Kemuliaan selestial adalah satu, 1Â Kor. 15:40 (A&P 76:96 ).
Paulus diangkat ke syurga yang tertinggi, 2Â Kor. 12:2 .
Kemuliaan selestial ditunjukkan dalam penglihatan, A&P 76:50–70 .
Jika Para Orang Suci menghasratkan sebuah tempat di dunia selestial, mereka mesti mempersiapkan diri, A&P 78:7 .
Dia yang tidak dapat mematuhi hukum kerajaan selestial tidak dapat bertahan dalam kemuliaan selestial, A&P 88:15–22 .
Di dalam kemuliaan selestial ada tiga syurga; syarat-syarat dinyatakan bagi mencapai yang tertinggi, A&P 131:1–2 .
Anak-anak yang mati sebelum mereka mencapai umur pertanggungjawaban diselamatkan di dalam kerajaan selestial, A&P 137:10 .