Bantuan Pengkajian
Lewi


Lewi

Di dalam Perjanjian Lama, anak lelaki ketiga kepada Yakub dan Lea (Kej. 29:34; 35:23). Lewi menjadi bapa kepada salah satu daripada suku-suku Israel.

Suku Lewi

Yakub memberkati Lewi dan keturunannya (Kej. 49:5ā€“7, 28). Keturunan Lewi melayani di dalam tempat-tempat kudus Israel (Bil. 1:47ā€“54). Harun ialah seorang bangsa Lewi, dan keturunannya adalah para imam (Kel. 6:16ā€“20; 28:1ā€“4; 29). Orang-orang Lewi membantu imam, iaitu anak-anak lelaki Harun (Bil. 3:5ā€“10; 1Ā Raj. 8:4). Mereka kekadang bertindak sebagai pemuzik (1Ā Taw. 15:16; Neh. 11:22); menyembelih korban (2Ā Taw. 29:34; Ezr. 6:20); dan umumnya membantu di dalam bait suci (Neh. 11:16). Orang-orang Lewi dibaktikan pada pelayanan bagi Tuhan untuk melaksanakan tatacara-tatacara bagi anak-anak Israel. Orang-orang Lewi sendiri dipersembahkan atas nama anak-anak Israel (Bil. 8:11ā€“22); oleh demikian mereka menjadi harta istimewa Tuhan, diberikan kepada-Nya sebagai pengganti anak sulung (Bil. 8:16). Mereka tidak dipersucikan tetapi dibersihkan bagi jawatan mereka (Bil. 8:7ā€“16). Mereka tidak memiliki tanah warisan di Kanaan (Bil. 18:23ā€“24), tetapi mereka menerima persepuluhan (Bil. 18:21), empat puluh lapan kota (Bil. 35:6), dan hak untuk menerima sedekah dari orang ramai pada waktu perayaan (Ul. 12:18ā€“19; 14:27ā€“29).