Bantuan Pengkajian
Yusuf, Anak lelaki Yakub


Yusuf, Anak lelaki Yakub

Di dalam Perjanjian Lama, anak lelaki sulung kepada Yakub dan Rahel (Kej. 30:22ā€“24; 37:3).

Yusuf memperoleh hak anak sulung di Israel kerana Ruben, anak lelaki sulung kepada isteri pertama Yakub, telah kehilangan keistimewaan tersebut oleh pelanggaran (1Ā Taw. 5:1ā€“2). Kerana dia layak, Yusuf, sebagai anak lelaki sulung kepada isteri kedua Yakub, adalah yang berikutnya untuk mewarisi berkat tersebut. Yusuf juga menerima suatu berkat dari bapanya tidak lama sebelum Yakub mati (Kej. 49:22ā€“26).

Yusuf seorang lelaki yang berperibadi sangat baik, seorang individu yang ā€œberakal budi dan bijaksanaā€ (Kej. 41:39). Penolakannya terhadap isteri Potifar adalah suatu teladan akan iman, kemurnian diri, dan integriti peribadi (Kej. 39:7ā€“12). Di Mesir, ketika Yusuf mendedahkan identiti sebenar dirinya kepada para saudaranya, dia berterima kasih dan bukannya menyalahkan mereka kerana bagaimana cara mereka telah memperlakukannya. Dia percaya tindakan mereka telah membantu untuk mencapai kehendak ilahi Tuhan (Kej. 45:4ā€“15).

Wahyu zaman akhir mengungkapkan misi terbesar bagi keluarga Yusuf pada hari-hari terakhir (TJS, Kej. 50:24ā€“38 [Lampiran]; 2Ā Ne. 3:3ā€“24; 3Ā Ne. 20:25ā€“27).