Bantuan Pengkajian
Farisi


Farisi

Dalam Perjanjian Baru, suatu kelompok keagamaan di antara orang Yahudi yang namanya memberi kesan terpisah atau tersendiri. Orang Farisi menyombongkan diri mereka kerana ketatnya menaati hukum Musa dan menghindari apa pun yang berkaitan dengan orang-orang bukan Israel. Mereka percaya pada kehidupan setelah kematian, kebangkitan, serta kewujudan para malaikat dan roh. Mereka percaya bahawa hukum lisan dan adat resam adalah setara pentingnya dengan hukum-hukum tertulis. Ajaran-ajaran mereka membatasi agama pada ketaatan akan peraturan-peraturan dan mendorong keangkuhan rohani. Mereka menyebabkan banyak orang Yahudi meragukan Kristus dan Injil-Nya. Tuhan mencela orang Farisi dan pekerjaan mereka dalam Matius 23; Mrk. 7:1ā€“23; dan Luk. 11:37ā€“44.