Makhluk Diangkat Orang yang diangkat sehingga mereka tidak mengalami rasa sakit atau kematian sampai kebangkitan mereka pada kebaqaan. Henokh berjalan bersama Tuhan: dan dia tidak; kerana Tuhan mengangkat dia, Kej. 5:24 (Ibr. 11:5; A&P 107:48–49). Tiada seorang ketahui makam Musa sehingga hari ini, Ul. 34:5–6 (Alma 45:19). Elijah diangkat oleh puting beliung, 2 Raj. 2:11. Jika Aku menghendaki bahawa dia tinggal sehingga Aku datang, apakah kaitannya denganmu, Yoh. 21:22–23 (A&P 7:1–3). Kamu tidak akan merasai kematian, 3 Ne. 28:7. Supaya mereka tidak merasai kematian terdapat perubahan yang dilakukan ke atas tubuh mereka, 3 Ne. 28:38 (4 Ne. 1:14; Morm. 8:10–11). Yohanes yang Dikasihi akan hidup sampai Tuhan datang, A&P 7. Aku telah mengambil Sion Henokh ke dada-Ku sendiri, A&P 38:4 (Musa 7:21, 31, 69). Henokh dan saudara-saudaranya adalah sebuah kota yang disimpan sehinggalah suatu hari kesolehan, A&P 45:11–12. Elijah diambil ke syurga tanpa merasakan kematian, A&P 110:13. Roh Kudus turun ke atas banyak orang, dan mereka diangkat ke Sion, Musa 7:27.