Bantuan Pengkajian
Martin Harris


Martin Harris

Salah seorang daripada Tiga Saksi bagi keilahian asal dan kebenaran penuh Kitab Mormon. Dia membantu Joseph Smith dan Gereja secara kewangan. Tuhan meminta Martin Harris untuk menjual harta miliknya dan memberikan bantuan dananya untuk pembayaran bagi penerbitan Kitab Mormon (A&P 19:26ā€“27, 34ā€“35), untuk menjadi teladan kepada Gereja (A&P 58:35), dan untuk membantu membayar perbelanjaan-perbelanjaan pelayanan (A&P 104:26).

Martin Harris telah disingkirkan dari Gereja tetapi kemudiannya kembali pada keanggotaan penuh. Sehingga penghujung kehidupannya dia memberi kesaksian bahawa dia telah melihat malaikat Moroni dan kepingan-kepingan emas yang mana darinya Joseph Smith telah menterjemahkan Kitab Mormon.