Bantuan Pengkajian
Tabut Perjanjian


Tabut Perjanjian

Juga dikenali sebagai Tabut Yehovah dan Tabut Kesaksian, Tabut Perjanjian ialah sebuah peti atau kotak berbentuk segi empat bujur yang diperbuat dari kayu dan dilapisi dengan emas. Ia merupakan simbol keagamaan bangsa Israel yang tertua dan paling kudus. Singgahsana Belas Kasihan yang membentuk penutupnya dianggap sebagai tempat singgahsana Yehovah di bumi (Kel. 25:22). Semasa bait suci siap dibina, tabut tersebut diletakkan di dalam Tempat Maha Kudus, tempat yang paling suci di dalam binaan tersebut (1Ā Raj. 8:1ā€“8).