Bantuan Pengkajian
Kitab Imamat


Kitab Imamat

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Lama yang menceritakan tentang tugasan imam di Israel. Ia menekankan kekudusan Tuhan dan tata kanun yang dengannya umat-Nya dapat hidup untuk menjadi kudus. Maksudnya adalah untuk mengajarkan nasihat moral dan kebenaran keagamaan dari hukum Musa melalui cara ritual. Musa menuliskan kitab Imamat.

Bab 1ā€“7 menjelaskan tatacara-tatacara pengorbanan. Bab 8ā€“10 menghuraikan ritual yang ditepati dalam pentahbisan para imam. Bab 11 menjelaskan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan dan apa yang bersih dan tidak bersih. Bab 12 membincangkan kaum wanita setelah kelahiran anak. Bab 13ā€“15 adalah hukum-hukum yang berkaitan dengan ketidaksucian dalam upacara. Bab 16 memuatkan ritual untuk ditepati pada Hari Penebusan. Bab 17ā€“26 memuatkan tata kanun hukum yang berurusan dengan ketaatan keagamaan dan sosial. Bab 27 menjelaskan bahawa Tuhan memerintahkan Israel untuk membaktikan hasil tanaman, kawanan domba, dan kawanan ternakan kepada Tuhan.