Bantuan Pengkajian
Tuhan, Kesatuan Ketuhanan


Tuhan, Kesatuan Ketuhanan

Ada tiga peribadi yang berpisah di dalam Kesatuan Ketuhanan: Tuhan, Bapa yang Abadi; Putera-Nya, Yesus Kristus; dan Roh Kudus. Kita percaya pada setiap dari Mereka (FK 1:1). Dari wahyu zaman akhir, kita pelajari bahawa Bapa dan Putera memiliki tubuh nyata dari daging dan tulang dan bahawa Roh Kudus ialah lembaga Roh, tanpa daging dan tulang (A&P 130:22ā€“23). Tiga peribadi ini adalah satu dalam kesatuan dan keselarasan yang sempurna dari segi tujuan dan ajaran (Yoh. 17:21ā€“23; 2Ā Ne. 31:21; 3Ā Ne. 11:27, 36).

Tuhan Bapa

Secara umumnya adalah Bapa, atau Elohim, yang dirujuk dengan gelaran Tuhan. Dia dipanggil Bapa kerana Dia merupakan Bapa kepada roh kita (Bil. 16:22; 27:16; Mal. 2:10; Mat. 6:9; Ef. 4:6; Ibr. 12:9). Tuhan Bapa ialah pemerintah agung alam semesta. Dia adalah maha penuh kuasa (Kej. 18:14; Alma 26:35; A&P 19:1ā€“3), maha mengetahui (Mat. 6:8; 2Ā Ne. 2:24), dan hadir di mana-mana sahaja melalui Roh-Nya (Mzm. 139:7ā€“12; A&P 88:7ā€“13, 41). Umat manusia mempunyai suatu hubungan istimewa dengan Tuhan yang meletakkan manusia berbeza daripada ciptaan-ciptaan yang lain: para lelaki dan wanita adalah anak-anak roh Tuhan (Mzm. 82:6; 1Ā Yoh. 3:1ā€“3; A&P 20:17ā€“18).

Terdapat beberapa contoh catatan-catatan tentang Tuhan Bapa menampakkan diri atau berbicara kepada manusia. Tulisan suci mengatakan bahawa Dia berbicara kepada Adam dan Hawa (Musa 4:14ā€“31) dan memperkenalkan Yesus Kristus pada beberapa kesempatan (Mat. 3:17; 17:5; Yoh. 12:28ā€“29; 3Ā Ne. 11:3ā€“7). Dia menampakkan diri kepada Stefanus (Kis. 7:55ā€“56) dan Joseph Smith (JSā€”S 1:17). Kemudian, Dia menampakkan diri kepada kedua-dua Joseph Smith dan Sidney Rigdon (A&P 76:20, 23). Bagi mereka yang mengasihi Tuhan dan memurnikan diri mereka di hadapan Tuhan, Tuhan kekadang mengabulkan hak istimewa untuk melihat dan mengetahui bagi diri mereka bahawa Dia adalah Tuhan (Mat. 5:8; 3Ā Ne. 12:8; A&P 76:116ā€“118; 93:1).

Tuhan Putera Bapa

Tuhan yang dikenali sebagai Yehovah ialah Putera Bapa, Yesus Kristus (Yes. 12:2; 43:11; 49:26; 1Ā Kor. 10:1ā€“4; 1Ā Tim. 1:1; Why. 1:8; 2Ā Ne. 22:2). Yesus bekerja di bawah arahan Bapa dan berada dalam keselarasan penuh dengan-Nya. Semua umat manusia adalah para saudara dan saudari-Nya, kerana Dia ialah yang paling sulung daripada anak-anak roh kepada Elohim. Sesetengah rujukan tulisan suci merujuk mengenai-Nya dengan perkataan Tuhan. Sebagai contoh, tulisan suci mengatakan bahawa ā€œTuhan menciptakan langit dan bumiā€ (Kej. 1:1), tetapi ia sebenarnya adalah Yesus yang merupakan Pencipta di bawah arahan Tuhan Bapa (Yoh. 1:1ā€“3, 10, 14; Ibr. 1:1ā€“2).

Tuhan Roh Kudus

Roh Kudus adalah juga seorang Tuhan dan dipanggil Roh Kudus, Roh, dan Roh Tuhan, di antara nama-nama dan gelaran lain yang serupa. Dengan bantuan dari Roh Kudus, manusia boleh mengetahui kehendak Tuhan Bapa dan mengetahui bahawa Yesus ialah Kristus (1Ā Kor. 12:3).