Bantuan Pengkajian
Tawarikh


Tawarikh

Dua kitab di dalam Perjanjian Lama. Kedua-dua kitab membekalkan sejarah ringkas tentang kejadian-kejadian dari Penciptaan sehingga kepada pengisytiharan Kores mengizinkan orang Yahudi untuk kembali ke Yerusalem.

Kitab Tawarikh yang Pertama

Bab 1ā€“9 menyenaraikan salasilah-salasilah dari Adam sehingga Saul. Bab 10 mencatatkan kematian Saul. Bab 11ā€“22 menyurih kejadian-kejadian yang berkaitan dengan pemerintahan Daud. Bab 23ā€“27 menjelaskan bahawa Salomo dijadikan raja dan orang Lewi telah ditetapkan menurut tertib. Bab 28 menjelaskan bahawa Daud memerintahkan Salomo untuk membina sebuah bait suci. Bab 29 mencatatkan kematian Daud.

Kitab Tawarikh yang Kedua

Bab 1ā€“9 menyurih kejadian-kejadian yang berkaitan dengan pemerintahan Salomo. Bab 10ā€“12 menceritakan tentang pemerintahan putera Salomo, Rehabeam, yang mana semasa kerajaan Israel yang bersatu telah berbelah bahagi kepada kerajaan-kerajaan utara dan selatan. Bab 13ā€“36 menghuraikan pemerintahan oleh banyak para raja sehinggalah penawanan kerajaan Yehuda oleh Nebukadnezar. Kitab tersebut berakhir dengan titah Kores bahawa anak-anak Yehuda yang tertawan dapat kembali ke Yerusalem.