Bantuan Pengkajian
Anak sulung


Anak sulung

Pada zaman bapa bangsa purba, anak lelaki sulung menerima hak anak sulung (Kej. 43:33) dan oleh yang demikian mewarisi kepimpinan di dalam keluarga setelah kematian ayahnya. Anak sulung hendaklah menjadi layak untuk menanggung tanggungjawab ini (1Ā Taw. 5:1ā€“2) dan boleh kehilangan hak anak sulungnya melalui ketidaksolehan.

Di bawah hukum Musa, anak lelaki sulung dianggap sebagai kepunyaan kepada Tuhan. Anak sulung menerima dua kali ganda bahagian daripada harta milik bapanya (Ul. 21:17). Selepas kematian bapanya, dia bertanggungjawab untuk menjaga ibunya dan para saudara perempuannya.

Jantan sulung bagi haiwan-haiwan juga adalah kepunyaan kepada Tuhan. Binatang yang bersih digunakan untuk korban-korban, manakala binatang yang tidak bersih mungkin ditebus atau dijual atau dibunuh mati (Kel. 13:2, 11ā€“13; 34:19ā€“20; Im. 27:11ā€“13, 26ā€“27).

Anak sulung melambangkan Yesus Kristus dan pelayanan-Nya secara duniawi, memperingatkan orang bahawa Mesias yang besar akan datang (Musa 5:4ā€“8; 6:63).

Yesus merupakan anak sulung dari para anak roh kepada Bapa Syurgawi kita, Anak Tunggal Bapa di dalam daging, dan yang pertama bangkit dari kematian dalam Kebangkitan (Kol. 1:13ā€“18). Para Orang Suci yang setia menjadi para anggota Gereja Putera Sulung dalam keabadian (A&P 93:21ā€“22).