Kemurtadan Lihat juga Pemberontakan; Pemulihan Injil Berpaling dari kebenaran oleh para individu, Gereja, atau seluruh bangsa. Kemurtadan umum Israel hendaknya berjaga-jaga agar hati mereka tidak berpaling daripada Tuhan, Ul. 29:18. Di mana tidak ada penglihatan, orang-orang binasa, Ams. 29:18. Mereka telah memungkiri perjanjian kekal, Yes. 24:5. Angin kencang melanda rumah itu, lalu ia roboh, Mat. 7:27. Aku hairan bahawa kamu demikian segera telah bertukar kepada injil yang lain, Gal. 1:6. Mereka mulai di jalan yang baik itu tetapi kehilangan arah mereka di dalam kabut kegelapan, 1Ā Ne. 8:23 (1Ā Ne. 12:17). Setelah mereka merasai buah itu, mereka jatuh ke dalam jalan-jalan terlarang, 1Ā Ne. 8:28. Kemurtadan bangsa Nefi telah menjadi satu batu penghalang bagi orang-orang yang tidak percaya, Alma 4:6ā12. Banyak para anggota Gereja menjadi angkuh dan menganiaya para anggota yang lain, Hel. 3:33ā34 (Hel. 4:11ā13; 5:2ā3). ApabilaTuhan memakmurkan umat-Nya, mereka kekadang mengeraskan hati mereka dan melupakan-Nya, Hel. 12:2; 13:38. Bangsa Nefi mengeraskan hati mereka dan jatuh di bawah kuasa Setan, 3Ā Ne. 2:1ā3. Moroni bernubuat tentang kemurtadan di zaman akhir, Morm. 8:28, 31ā41. Kemurtadan akan mendahului Kedatangan Kedua, A&P 1:13ā16. Kemurtadan Gereja Kristian pada zaman yang awal Bangsa ini mendekat kepada-Ku dengan mulut mereka, Yes. 29:10, 13. Kegelapan akan meliputi bumi, Yes. 60:2. Tuhan akan mendatangkan kebuluran akan perkhabaran dari Tuhan, Am. 8:11. Kristus palsu dan nabi palsu akan datang, Mat. 24:24. Serigala buas akan datang ke tengah-tengah kamu, Kis. 20:29. Aku hairan bahawa kamu demikian segera telah berpaling dari-Nya, Gal. 1:6. Akan adanya kejatuhan sebelum Kedatangan Kedua, 2Ā Tes. 2:3. Sebahagian orang menyimpang dari ajaran yang benar, 2Ā Tim. 2:18. Sebahagian orang memiliki bentuk seperti ketuhanan, tetapi menyangkal kuasa dari-Nya, 2Ā Tim. 3:2ā5. Akan tiba masanya apabila orang tidak mahu mendengar ajaran yang benar, 2Ā Tim. 4:3ā4. Akan adanya para nabi palsu dan guru palsu di kalangan umat Tuhan, 2Ā Ptr. 2:1. Orang-orang tertentu menyelinap masuk untuk menyangkal Tuhan satu-satunya, Yud. 1:4. Sesetengah orang mengaku diri mereka Rasul padahal bukan, Why. 2:2. Nefi telah melihat pembentukan gereja besar dan keji, 1Ā Ne. 13:26. Orang bukan Israel telah tersandung dan membina banyak gereja, 2Ā Ne. 26:20. Mereka telah menyimpang dari tatacara-tatacara-Ku dan telah melanggar perjanjian-Ku yang abadi, A&P 1:15. Kegelapan menutupi bumi dan kegelapan memekatkan fikiran manusia, A&P 112:23. Joseph dijawab bahawa gereja-gereja itu semuanya salah; hati mereka jauh daripada Tuhan, JSāS 1:19.