Duit, helaian kertas, sijil, atau sesuatu yang orang gunakan sebagai pembayaran untuk barang atau pelayanan. Itu kadang-kadang adalah simbol materialisme.
Dua Belas diberi tahu untuk tidak membawa apa pun bagi perjalanan mereka, tanpa beg sedekah, tanpa roti, tanpa wang, Mrk. 6:8 .
Petrus memberitahu Simon si tukang sihir bahawa wangnya akan musnah bersamanya, Kis. 8:20 .
Cinta akan wang adalah akar dari segala kejahatan, 1Â Tim. 6:10 .
Janganlah membelanjakan wang untuk apa yang tak berharga, 2 Ne. 9:50–51 (Yes. 55:1–2 ; 2 Ne. 26:25–27 ).
Jika mereka bekerja untuk wang, mereka akan binasa, 2Â Ne. 26:31 .
Sebelum kamu mencari kekayaan, carilah kerajaan Tuhan, Yakub 2:18–19 .
Gereja-gereja akan berkata bahawa untuk wangmu kamu akan diampuni dari dosa-dosamu, Morm. 8:32, 37 .