Bantuan Pengkajian
Eter


Eter

Nabi bangsa Yared yang terakhir di dalam Kitab Mormon (Eter 12:1–2).

Kitab Eter

Sebuah kitab di dalam Kitab Mormon yang mengandungi sebahagian catatan tentang bangsa Yared. Bangsa Yared merupakan sekumpulan orang yang tinggal di hemisfera barat berabad lamanya sebelum orang-orang Lehi. Kitab Eter telah diambil dari dua puluh empat kepingan-kepingan yang ditemui oleh orang-orang Limhi (Mosia 8:8–9).

Bab 1–2 menceritakan bagaimana bangsa Yared meninggalkan kediaman mereka pada waktu Menara Babel dibina dan memulakan perjalanan mereka ke tempat yang adalah sekarang dikenali sebagai benua Amerika. Bab 3–6 menjelaskan bahawa saudara lelaki kepada Yared telah melihat Juruselamat yang pra-fana dan bahawa bangsa Yared telah menjelajah di dalam lapan kapal-kapal tongkang. Bab 7–11 meneruskan sejarah tentang kejahatan yang menguasai kebanyakan daripada sejarah bangsa Yared. Moroni, yang menyuntingkan catatan Eter, menulis di dalam bab 12–13 tentang keajaiban-keajaiban yang dibuat melalui iman dan oleh Kristus dan sebuah Yerusalem Baru akan datang. Bab 14–15 menceritakan bagaimana bangsa Yared menjadi sebuah bangsa yang berkuasa tetapi telah dihancurkan melalui peperangan saudara disebabkan oleh kejahatan.

Cetak