Bantuan Pengkajian
Alkitab


Alkitab

Sebuah koleksi tulisan-tulisan Ibrani dan Kristian yang mengandungi wahyu-wahyu ilahi. Perkataan alkitab bermaksud ā€œkitab-kitab.ā€ Alkitab merupakan pekerjaan banyak para nabi dan para penulis yang diilhami yang bertindak di bawah pengaruh Roh Kudus (2Ā Ptr. 1:21).

Alkitab Kristian mempunyai dua bahagian, lazimnya dikenali sebagai Perjanjian Lama dan Baru. Perjanjian Lama meliputi kitab-kitab tulisan suci yang digunakan di kalangan orang Yahudi di Filistea semasa pelayanan fana Tuhan Yesus. Perjanjian Baru mengandungi tulisan-tulisan kepunyaan zaman Kerasulan dan dianggap mempunyai kekudusan dan wewenang yang sama seperti tulisan suci Yahudi. Kitab-kitab dalam Perjanjian Lama datang dari sastera kebangsaan Yahudi yang berlanjutan berabad-abad lamanya dan telah ditulis hampir keseluruhannya dalam bahasa Ibrani, manakala kitab-kitab dalam Perjanjian Baru adalah pekerjaan sebuah generasi tunggal dan telah ditulis terutamanya dalam bahasa Yunani.

Dalam Perjanjian Lama perkataan testament mewakili perkataan Ibrani yang bermaksud ā€œperjanjian.ā€ Perjanjian Lama adalah hukum yang diberikan kepada Musa apabila Israel menolak kepenuhan Injil yang telah dimiliki oleh umat Tuhan sejak permulaan kefanaan. Perjanjian Baru adalah Injil yang diajarkan oleh Yesus Kristus.

Dalam Alkitab Ibrani (Perjanjian Lama) kitab-kitab tersebut telah dibahagikan kepada tiga kumpulan: Hukum, para Nabi, dan Tulisan-tulisan. Alkitab yang digunakan oleh dunia Kristian mengkategorikan kitab-kitab tersebut berdasarkan hal-hal subjektif, seperti sejarah, puisi, dan nubuat-nubuat.

Kitab-kitab Perjanjian Baru secara umumnya dalam urutan ini: empat Injil dan Kisah Rasul-Rasul; surat dari Paulus; surat-surat umum dari Yakobus, Petrus, Yohanes, dan Yudas; dan Wahyu Yohanes.

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menjunjung dan menghormati Alkitab dan juga mengesahkan bahawa Tuhan berterusan memberikan wahyu tambahan melalui para nabi-Nya di zaman akhir yang mendukung dan mengesahkan catatan alkitab mengenai urusan-urusan Tuhan dengan umat manusia.