Bantuan Pengkajian
Menebus, Korban Tebusan


Menebus, Korban Tebusan

Mendamaikan manusia kepada Tuhan.

Seperti digunakan dalam tulisan suci, menebus adalah untuk menderita hukuman bagi satu tindakan dosa, oleh itu mengalihkan kesan-kesan dosa dari pendosa yang telah bertaubat dan membenarkannya untuk didamaikan kepada Tuhan. Yesus Kristus adalah satu-satunya yang berupaya untuk melakukan sebuah korban tebusan yang sempurna bagi semua umat manusia. Dia berupaya untuk melakukannya kerana pemilihan dan pra-pentahbisan-Nya di dalam Sidang Raya sebelum dunia dibentukkan (Eter 3:14; Musa 4:1ā€“2; Abr. 3:27), peranan ilahi-Nya sebagai Putera Tuhan, dan kehidupan-Nya yang tanpa dosa. Korban Tebusan-Nya termasuklah penderitaan-Nya bagi dosa-dosa umat manusia, penumpahan darah-Nya, dan kematian-Nya dan kemudian kebangkitan-Nya dari makam (Yes. 53:3ā€“12; Luk. 22:44; Mosia 3:5ā€“11; Alma 7:10ā€“13; A&P 19:16ā€“19). Disebabkan oleh Korban Tebusan, semua orang akan bangkit dari yang mati dengan tubuh yang baqa (1Ā Kor. 15:22). Korban Tebusan juga menyediakan jalan bagi kita untuk diampuni dari dosa-dosa kita dan hidup selamanya bersama Tuhan. Tetapi seseorang yang telah sampai pada umur pertanggungjawaban dan telah menerima hukum tersebut dapat menerima berkat-berkat ini hanya jika dia memiliki iman pada Yesus Kristus, bertaubat atas dosa-dosanya, menerima tatacara-tatacara keselamatan, dan mematuhi perintah-perintah Tuhan. Mereka yang tidak sampai pada umur pertanggungjawaban dan mereka yang tidak mempunyai hukum tersebut adalah ditebus melalui Korban Tebusan (Mosia 15:24ā€“25; Moro. 8:22). Tulisan suci jelas mengajarkan bahawa jika Kristus tidak pernah menebus dosa-dosa kita, tiada hukum, tatacara, atau pengorbanan yang akan memuaskan tuntutan keadilan, dan manusia tidak akan dapat lagi berada di hadirat Tuhan (2Ā Ne. 2; 9).