Bantuan Pengkajian
Menyapu dengan Minyak


Menyapu dengan Minyak

Pada zaman purba, para nabi Tuhan menyapu dengan minyak mereka yang akan melaksanakan tugasan-tugasan istimewa, seperti Harun atau para imam atau para raja yang akan memerintah ke atas Israel. Di dalam Gereja hari ini, menyapu dengan minyak adalah meletakkan sedikit minyak yang telah disucikan ke atas kepala seseorang sebagai bahagian satu berkat istimewa. Ini hanya boleh dilakukan di bawah wewenang dan kuasa Imamat Melkisedek. Selepas penyapuan minyak, seseorang yang bertindak melalui wewenang dari imamat yang sama akan memeteraikan penyapuan minyak tersebut dan memberikan satu berkat istimewa kepada orang yang disapu dengan minyak.