Bantuan Pengkajian
Yakobus, Anak lelaki Zebedeus


Yakobus, Anak lelaki Zebedeus

Salah seorang dari Dua Belas Para Rasul yang dipilih oleh Yesus semasa pelayanan fana-Nya. Dia adalah saudara kepada Yohanes. Dia adalah salah satu daripada tiga Rasul yang telah dipilih untuk bersama Yesus pada kejadian istimewa tertentu: pada ketika anak perempuan Yairus dihidupkan kembali (Mrk. 5:37), pada ketika Perubahan Rupa (Mat. 17:1; Mrk. 9:2; Luk. 9:28), dan sewaktu di Taman Getsemani (Mat. 26:37; Mrk. 14:33). Bersama Petrus dan Yohanes, dia memulihkan Imamat Melkisedek ke bumi dengan mentahbiskan Joseph Smith dan Oliver Cowdery (A&P 27:12; 128:20; JSā€”S 1:72).