Bantuan Pengkajian
Surat kepada Jemaah di Kolose


Surat kepada Jemaah di Kolose

Sebuah kitab di dalam Perjanjian Baru. Ia pada asalnya adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Rasul Paulus kepada orang-orang Kolose selepas dia dikunjungi oleh Epafras, seorang pemberita Injil Gereja di Kolose (Kol. 1:7ā€“8). Epafras memberitahu Paulus bahawa orang-orang Kolose jatuh ke dalam kesalahan yang seriusā€”mereka berfikir mereka adalah lebih baik daripada orang lain kerana mereka dengan hati-hati mematuhi tatacara-tatacara luaran yang tertentu (Kol. 2:16), menyangkal diri mereka akan kemahuan fizikal yang tertentu, dan menyembah para malaikat (Kol. 2:18). Amalan-amalan ini membuatkan orang-orang Kolose berasa mereka telah dipersucikan. Mereka juga berasa mereka memahami misteri-misteri alam semesta lebih baik daripada para anggota Gereja yang lain. Di dalam suratnya, Paulus memperbetulkan mereka dengan mengajar bahawa penebusan hanya datang melalui Kristus dan bahawa kita hendaknya menjadi bijaksana dan melayani-Nya.

Bab 1 adalah salam dari Paulus kepada orang-orang Kolose. Bab 2ā€“3 adalah secara doktrin dan mengandungi pernyataan-pernyataan terhadap Kristus sebagai Penebus, bahayanya penyembahan palsu, dan kepentingan Kebangkitan. Bab 4 mengajar bahawa para Orang Suci hendaklah menjadi bijaksana di dalam segala hal.