Bantuan Pengkajian
Kutuk, Kutukan


Kutuk, Kutukan

Di dalam tulisan suci, suatu kutukan ialah penerapan hukum ilahi yang membenarkan atau membawa penghakiman dan akibat-akibatnya ke atas sesuatu benda, seseorang, atau bangsa terutamanya kerana ketidaksolehan. Kutukan adalah suatu pernyataan kasih dan keadilan ilahi dari Tuhan. Ia boleh digunakan secara terus oleh Tuhan atau dilafazkan oleh para hamba-Nya yang berwewenang. Kadang kala, sebab-sebab yang menyeluruh bagi kutukan diketahui hanya kepada Tuhan. Sebagai tambahan, keadaan yang terkutuk dialami oleh mereka yang rela mengingkari Tuhan dan dengan itu menarik diri mereka dari Roh Tuhan.

Tuhan boleh mengalihkan kutukan kerana iman seorang individu atau orang-orang pada Yesus Kristus dan kepatuhan kepada hukum dan tatacara Injil (Alma 23:16ā€“18; 3Ā Ne. 2:14ā€“16; FK 1:3).

Bahasa Kesat

Mengutuk juga ialah menggunakan bahasa yang kesat, mencaci Tuhan, atau menghina.