Bantuan Pengkajian
Yohanes, Anak lelaki Zebedeus


Yohanes, Anak lelaki Zebedeus

Salah seorang dari Dua Belas Para Rasul di dalam Perjanjian Baru, anak lelaki kepada Zebedeus, dan saudara kepada Yakobus. Di awal kehidupannya dia ialah seorang nelayan (Mrk. 1:17ā€“20). Dia mungkin ialah pengikut yang tidak disebut namanya yang dinyatakan di dalam Yoh. 1:40. Kemudiannya dia menerima panggilan sebagai pengikut Yesus Kristus (Mat. 4:21ā€“22; Luk. 5:1ā€“11). Dia telah menuliskan Injil Yohanes, tiga pucuk surat, dan kitab Wahyu. Dia adalah salah seorang daripada tiga orang yang bersama Tuhan ketika anak perempuan Yairus dibangkitkan (Mrk. 5:35ā€“42), ketika di Gunung Perubahan Rupa (Mat. 17:1ā€“9), dan di Getsemani (Mat. 26:36ā€“46). Dalam penulisannya sendiri dia merujuk dirinya sebagai pengikut yang dikasihi Yesus (Yoh. 13:23; 21:20) dan sebagai ā€œpengikut yang lainā€ (Yoh. 20:2ā€“8). Yesus juga memanggil dia dan saudaranya Boanerges, ā€œanak-anak guruhā€ (Mrk. 3:17). Terdapat rujukan yang lazim mengenainya di dalam catatan tentang Penyaliban dan Kebangkitan (Luk. 22:8; Yoh. 18:15; 19:26ā€“27; 20:2ā€“8; 21:1ā€“2). Yohanes kemudiannya dibuang ke Patmos, di mana dia menuliskan kitab Wahyu (Why. 1:9).

Yohanes disebut dengan kerap di dalam wahyu zaman akhir (1Ā Ne. 14:18ā€“27; 3Ā Ne. 28:6; Eter 4:16; A&P 7; 27:12; 61:14; 77; 88:141). Petikan-petikan ini mengesahkan catatan Alkitab mengenai Yohanes dan juga menyediakan pemahaman akan kebesarannya dan kepentingan pekerjaan yang diberikan Tuhan untuk dilakukannya di atas bumi pada zaman Perjanjian Baru dan pada zaman terakhir. Tulisan suci zaman akhir menjelaskan bahawa Yohanes tidak mati tetapi diizinkan untuk tetap tinggal di atas bumi sebagai hamba yang melayani sehinggalah waktu Kedatangan Kedua Tuhan (Yoh. 21:20ā€“23; 3Ā Ne. 28:6ā€“7; A&P 7).

Surat Yohanes

Walaupun penulis kepada tiga pucuk surat ini tidak menyebut namanya sendiri, bahasanya demikian kuat menyerupai yang daripada Rasul Yohanes bahawa dia dianggap telah menuliskan kesemua tiga pucuk surat.

1Ā Yohanes 1 menasihatkan para Orang Suci untuk memperoleh penemanan bersama Tuhan. Bab 2 menegaskan bahawa para Orang Suci mengetahui Tuhan melalui kepatuhan dan mengarahkan mereka untuk tidak mengasihi dunia. Bab 3 memanggil semua orang untuk menjadi anak-anak Tuhan dan untuk saling mengasihi. Bab 4 menjelaskan bahawa Tuhan ialah kasih dan berdiam di dalam mereka yang mengasihi-Nya. Bab 5 menjelaskan bahawa para Orang Suci dilahirkan oleh Tuhan melalui kepercayaan pada Kristus.

2Ā Yohanes adalah sama dengan 1Ā Yohanes. Di dalamnya Yohanes bersukacita kerana kesetiaan anak-anak ā€œibu yang terpilih.ā€

3Ā Yohanes memuji seseorang yang disebut Gayus kerana kesetiaannya dan pertolongannya kepada mereka yang mengasihi kebenaran.

Injil Yohanes

Dalam kitab Perjanjian Baru ini, Rasul Yohanes bersaksi bahawa (1) Yesus ialah Kristus atau Mesias dan (2) Yesus ialah Putera Tuhan (Yoh. 20:31). Peristiwa-peristiwa dari kehidupan Yesus yang digambarkan olehnya adalah dipilih dan disusun dengan hati-hati dengan maksud ini sebagai sasaran pandangan. Kitab tersebut bermula dengan pernyataan tentang kedudukan Kristus di kewujudan pra-fana: Dia bersama Tuhan, Dia adalah Tuhan, dan Dia ialah Pencipta segala sesuatu. Dia dilahirkan di dalam daging sebagai Putera Tunggal Bapa. Yohanes menelusuri perjalanan pelayanan Yesus, sangat menitikberatkan keilahian-Nya dan kebangkitan-Nya dari kematian. Dia secara jelas mengesahkan bahawa Yesus ialah Putera Tuhan, dibuktikan melalui mukjizat-mukjizat, melalui kesaksian-kesaksian, melalui para nabi, dan melalui suara Kristus sendiri. Yohanes mengajar dengan membandingkan cahaya dan kegelapan, kebenaran dan kesalahan, kebaikan dan kejahatan, Tuhan dan iblis. Mungkin tidak terdapat dalam catatan mana lain pun ialah kekudusan Yesus dan ketidaksetiaan para pemimpin orang Yahudi dimaklumkan dengan sejelas-jelasnya.

Yohanes menulis terutamanya mengenai pelayanan Kristus di Yudea, terutama dalam minggu terakhir pelayanan fana-Nya, sedangkan Matius, Markus, dan Lukas menulis terutama tentang pelayanan-Nya di Galilea. Beberapa perkara dari Injil ini telah pun dijelaskan melalui wahyu zaman akhir (A&P 7 dan A&P 88:138ā€“141).

Untuk senarai tentang peristiwa di dalam kehidupan Juruselamat yang digambarkan di dalam Injil Yohanes, lihat Keselarasan Kitab-Kitab Injil di dalam lampiran.

Kitab Wahyu