Bantuan Pengkajian
Bangsa Laman


Bangsa Laman

Sekelompok orang di dalam Kitab Mormon, kebanyakannya dari keturunan Laman, anak lelaki sulung kepada Lehi. Mereka berasakan mereka telah diperlakukan tidak adil oleh Nefi dan keturunannya (Mosia 10:11ā€“17). Sebagai akibatnya, mereka memberontak terhadap bangsa Nefi dan sering menolak ajaran-ajaran Injil. Bagaimanapun, tidak lama sebelum kelahiran Yesus Kristus, bangsa Laman telah menerima Injil dan lebih soleh daripada bangsa Nefi (Hel. 6:34ā€“36). Dua ratus tahun selepas Kristus mengunjungi benua Amerika, baik bangsa Laman mahupun bangsa Nefi telah menjadi jahat dan mulai mencetuskan peperangan terhadap satu sama lain. Sekitar 400Ā M, bangsa Laman secara keseluruhan telah menghancurkan bangsa Nefi.