Bantuan Pengkajian
Kitab-Kitab Injil


Kitab-Kitab Injil

Empat catatan atau kesaksian mengenai kehidupan fana Yesus dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan pelayanan-Nya terkandung di dalam empat kitab pertama dari Perjanjian Baru. Dituliskan oleh Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes, ia merupakan kesaksian tercatat tentang kehidupan Kristus. Kitab 3Ā Nefi di dalam Kitab Mormon adalah serupa dalam banyak hal dengan keempat Kitab Injil Perjanjian Baru ini.

Kitab-kitab dari Perjanjian Baru pada asalnya telah dituliskan dalam bahasa Yunani. Perkataan Yunani bagi injil bererti ā€œkhabar baik.ā€ Khabar baiknya adalah bahawa Yesus Kristus telah melakukan sebuah korban tebusan yang akan menebus semua umat manusia dari kematian dan memberi ganjaran pada setiap individu menurut perbuatannya (Yoh. 3:16; Rm. 5:10ā€“11; 2Ā Ne. 9:26; Alma 34:9; A&P 76:69).

Lihat juga Keselarasan Kitab-Kitab Injil dalam lampiran.