Bantuan Pengkajian
Ayub


Ayub

Dalam Perjanjian Lama, seorang lelaki saleh yang menderita kesengsaraan yang hebat namun tetap setia pada kepercayaannya kepada Tuhan. Kisahnya diceritakan di dalam kitab Ayub.

Kitab Ayub

Walaupun kitab tersebut adalah tentang penderitaan Ayub, ia tidaklah secara keseluruhannya menjawab soalan mengenai mengapa Ayub (atau orang lain mana pun) dapat menderita kesakitan dan kehilangan keluarga dan harta bendanya. Kitab tersebut menjelaskan bahawa memiliki kesengsaraan tidak semestinya bererti bahawa seseorang itu telah berdosa. Tuhan mungkin menggunakan kesengsaraan untuk pengalaman, disiplin, dan petunjuk serta juga untuk hukuman (A&P 122).

Kitab tersebut boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Bab 1ā€“2 ialah sebuah prakata bagi cerita tersebut. Bab 3ā€“31 mengaitkan suatu siri perbincangan di antara Ayub dan tiga orang teman. Bab 32ā€“37 mengandungi ucapan-ucapan Elihu, teman yang keempat, yang menegur Ayub untuk alasan selain daripada alasan tiga orang teman pertama. Bab 38ā€“42 menyimpulkan kitab tersebut dengan suatu kepastian semula kepada Ayub bahawa perjalanannya dalam kehidupan ialah sesuatu yang baik sejak dari awal.

Kitab Ayub mengajarkan bahawa jika seseorang mempunyai pengetahuan yang benar tentang Tuhan dan menjalani kehidupan yang diperkenan oleh Tuhan, dia akan lebih berupaya untuk bertahan lebih baik dalam pencubaan yang datang ke atasnya. Iman Ayub yang tidak pernah gagal diperincikan dengan seruan sedemikian ā€œWalaupun Dia hendak membunuh aku, namun aku akan percaya kepada-Nyaā€ (Ayb. 13:15). Ayub juga disebut di dalam Yehezkiel 14:14; Yak. 5:11; Ajaran dan Perjanjian 121:10.