Ismael, Anak lelaki Abraham Lihat juga Abraham; Hagar Dalam Perjanjian Lama, anak lelaki kepada Abraham dan Hagar, hamba perempuan Mesir kepada Sara (Kej. 16:11–16). Tuhan berjanji kepada kedua-dua Abraham dan Hagar bahawa Ismael akan menjadi bapa kepada sebuah bangsa yang besar (Kej. 21:8–21). Perjanjian datang melalui Ishak dan bukannya Ismael, Kej. 17:19–21 (Gal. 4:22–5:1). Tuhan memberkati Ismael bahawa dia akan bertambah banyak, Kej. 17:20. Ismael menolong menguburkan Abraham, Kej. 25:8–9. Dua belas anak lelaki Ismael disebut nama, Kej. 25:12–16. Ismael mati, Kej. 25:17–18. Esau mengambil anak perempuan Ismael, Mahalat, untuk menjadi isterinya, Kej. 28:9.