Bantuan Pengkajian
Kitab Mormon


Kitab Mormon

Salah satu daripada empat jilid tulisan suci yang diterima oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Ia adalah sebuah ringkasan oleh seorang nabi purba bernama Mormon tentang catatan-catatan berkenaan penduduk purba di Amerika. Ia telah ditulis untuk bersaksi bahawa Yesus adalah Kristus. Berkenaan catatan ini, Nabi Joseph Smith, yang telah menterjemahkannya melalui kurnia dan kuasa dari Tuhan, berkata, ā€œAku telah memberitahu para saudara bahawa Kitab Mormon adalah yang paling benar dari kitab apa pun di atas bumi, dan batu kunci agama kita, dan seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajarannya, lebih daripada kitab lain apa punā€ (lihat Pengenalan pada muka depan Kitab Mormon).

Kitab Mormon adalah sebuah catatan keagamaan tentang tiga kumpulan orang yang telah berhijrah dari Dunia Perjanjian Lama ke benua Amerika. Kumpulan-kumpulan ini dipimpin oleh para nabi yang mencatatkan sejarah-sejarah keagamaan dan sekular di atas kepingan-kepingan logam. Kitab Mormon mencatatkan kunjungan Yesus Kristus kepada orang di benua Amerika berikutan Kebangkitan-Nya. Era kedamaian selama dua ratus tahun menyusuli kunjungan Kristus tersebut.

Moroni, nabi-sejarawan terakhir dari bangsa Nefi, memeteraikan catatan-catatan ringkasan tentang bangsa ini dan menyembunyikannya pada kira-kira 421Ā M. Pada tahun 1823, Moroni yang telah dibangkitkan mengunjungi Joseph Smith dan kemudian menyerahkan kepadanya catatan-catatan purba dan kudus ini untuk diterjemahkan dan didatangkan kepada dunia sebagai satu lagi kesaksian tentang Yesus Kristus.