Bantuan Pengkajian
Lehi, Bapa kepada Nefi


Lehi, Bapa kepada Nefi

Di dalam Kitab Mormon, seorang nabi bangsa Ibrani yang menuntun keluarga dan para pengikutnya dari Yerusalem ke sebuah negeri yang dijanjikan di hemisfera barat kira-kira 600Ā S.M. Lehi ialah nabi pertama di kalangan orang-orangnya di dalam Kitab Mormon.

Lehi melarikan diri dari Yerusalem bersama keluarganya atas perintah dari Tuhan (1Ā Ne. 2:1ā€“4). Dia ialah seorang keturunan dari Yusuf, yang dijual ke Mesir (1Ā Ne. 5:14). Tuhan memberikannya sebuah penglihatan mengenai pokok kehidupan (1Ā Ne. 8:2ā€“35). Lehi dan anak-anak lelakinya membina sebuah kapal dan belayar ke hemisfera sebelah barat (1Ā Ne. 17ā€“18). Dia dan keturunannya menetap di tanah yang baru (1Ā Ne. 18:23ā€“25). Sebelum dia mati, Lehi memberkati anak-anak lelakinya dan mengajar mereka tentang Kristus dan tampilnya Kitab Mormon pada zaman akhir (2Ā Ne. 1:1ā€“4:12).

Kitab Lehi

Joseph Smith bermula dengan kitab Lehi ketika dia menterjemahkan Kitab Mormon. Ia adalah catatan yang telah diringkaskan oleh Mormon dari kepingan-kepingan Lehi. Selepas dia mempunyai 116 halaman manuskrip yang telah diterjemahkannya dari kitab ini, Joseph memberikan manuskrip tersebut kepada Martin Harris, yang telah secara singkat melayani sebagai jurutulis kepada Joseph dalam penterjemahan Kitab Mormon. Halaman-halaman itu kemudiannya telah hilang. Joseph tidak menterjemah semula kitab Lehi untuk menggantikan manuskrip yang hilang itu tetapi sebaliknya menterjemah catatan-catatan lain yang berkaitan dari kepingan-kepingan emas (lihat pengenalan untuk A&P 3; 10). Catatan-catatan lain ini sekarang merupakan enam kitab pertama daripada Kitab Mormon.