Bersaksi Lihat juga Kesaksian Memberikan kesaksian melalui kuasa Roh Kudus; membuat pernyataan khusyuk mengenai kebenaran berdasarkan pada pengetahuan atau kepercayaan peribadi. Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku, Yoh. 15:26. Dia menyuruh kami mengkhutbahkan dan memberikan kesaksian, Kis. 10:42. Tiga orang saksi akan bersaksi tentang kebenaran, 2 Ne. 27:12. Kuasa Roh Kudus membawanya ke hati anak-anak manusia, 2 Ne. 33:1. Tulisan suci bersaksi tentang Kristus, Yakub 7:10–11 (Yoh. 5:39). Aku bersaksi kepadamu bahawa hal-hal ini yang berkenaannya telah aku ucapkan adalah benar, Alma 5:45 (Alma 34:8). Kamu akan bersaksi tentangnya melalui kuasa Tuhan, A&P 17:3–5. Apa yang Roh persaksikan kepadamu agar kamu harus lakukan, A&P 46:7. Aku mengutusmu keluar untuk bersaksi dan memperingatkan, A&P 88:81.