Bantuan Pengkajian
Daud


Daud

Seorang raja purba Israel dalam Perjanjian Lama.

Daud merupakan seorang anak lelaki kepada Isai dari suku Yehuda. Dia adalah seorang pemuda yang berani yang telah membunuh seekor singa, seekor beruang, dan seorang gergasi Filistin, Goliat (1Ā Sam. 17). Daud telah dipilih dan ditetapkan untuk menjadi raja Israel. Seperti Saul, dalam kehidupan dewasanya dia telah didapati bersalah kerana perlanggaran berat, tetapi, tidak seperti Saul, dia telah mampu membuat penyesalan sejati. Dia bagaimanapun berupaya untuk mencari pengampunan, kecuali dalam hal pembunuhan Uria (A&P 132:39). Kehidupannya boleh dibahagikan kepada empat bahagian: (1) di Betlehem, di mana dia ialah seorang gembala (1Ā Sam. 16ā€“17); (2) di pelataran istana Raja Saul (1Ā Sam. 18:1ā€“19:18); (3) sebagai seorang pelarian (1Ā Sam. 19:18ā€“31:13; 2Ā Sam. 1); (4) sebagai raja ke atas Yehuda di Hebron (2Ā Sam. 2ā€“4), dan kemudiannya sebagai raja ke atas seluruh Israel (2Ā Sam. 5ā€“24; 1Ā Raj. 1:1ā€“2:11).

Dosa zina Daud bersama Batsyeba diikuti dengan serangkaian nasib malang yang telah merosakkan dua puluh tahun terakhir kehidupannya. Bangsa tersebut secara keseluruhannya adalah makmur semasa pemerintahannya, tetapi Daud sendiri telah menderita dari akibat dosa-dosanya. Terdapat persengketaan keluarga yang berterusan, yang mana, dalam hal Absalom dan Adonia, berakhir dengan pemberontakan terbuka. Kejadian-kejadian ini merupakan suatu penggenapan akan perisytiharan nabi Natan ke atas Daud kerana dosanya (2Ā Sam. 12:7ā€“13).

Meskipun malapetaka-malapetaka ini terjadi, pemerintahan Daud merupakan yang paling cemerlang dalam sejarah bangsa Israel, kerana (1) dia mempersatukan semua suku kepada sebuah bangsa, (2) dia memperoleh pemilikan negeri itu tanpa adanya pertikaian, (3) dia mendasarkan kerajaannya pada agama yang sejati agar kehendak Tuhan merupakan hukum Israel. Untuk sebab-sebab ini, pemerintahan Daud kemudiannya dianggap sebagai zaman keemasan bangsa itu dan menjadi contoh zaman yang lebih mulia apabila Mesias akan datang (Yes. 16:5; Yer. 23:5; Yeh. 37:24ā€“28).

Kehidupan Daud menggambarkan keperluan bagi semua orang untuk bertahan dalam kesolehan sampai akhir. Sewaktu remaja, dia disebut sebagai seorang lelaki yang ā€œberkenan di hatiā€ Tuhan (1Ā Sam. 13:14); sewaktu dia dewasa, dia berbicara melalui Roh dan memperoleh banyak wahyu. Tetapi dia membayar suatu harga yang berat kerana ketidakpatuhannya kepada perintah-perintah Tuhan (A&P 132:39).