Bantuan Pengkajian
Habakuk


Habakuk

Seorang nabi Perjanjian Lama di Yehuda yang berbicara mengenai keadaan penuh dosa orang-orang kemungkinan selama pemerintahan Yoyakhin (kira-kira 600Ā S.M.).

Kitab Habakuk

Bab 1 ialah sebuah perundingan di antara Tuhan dan nabi-Nya, serupa dengan yang terkandung di dalam Yeremia 12 dan Ajaran dan Perjanjian 121. Habakuk bersusah hati bahawa yang jahat kelihatan semakin berkembang. Dalam bab 2 Tuhan menasihati Habakuk untuk menjadi sabarā€”orang yang benar mesti belajar untuk hidup dengan iman. Bab 3 mencatatkan doa Habakuk yang mana dia mengakui keadilan Tuhan.