Bantuan Pengkajian
Matius


Matius

Seorang Rasul Yesus Kristus dan penulis kitab pertama dalam Perjanjian Baru. Matius, orang Yahudi yang adalah pemungut cukai bagi orang Rom di Kapernaum, mungkin berada dalam pelayanan bagi Herodes Antipas. Dia dikenal sebelum keinsafannya sebagai Lewi, anak lelaki Alfeus (Mrk. 2:14). Segera setelah pemanggilannya untuk menjadi pengikut Yesus, dia mengadakan perjamuan di mana Tuhan hadir (Mat. 9:9ā€“13; Mrk. 2:14ā€“17; Luk. 5:27ā€“32). Matius mungkin memiliki pengetahuan luas tentang tulisan suci Perjanjian Lama dan sanggup untuk melihat penggenapan rinci dari nubuat dalam kehidupan Tuhan. Tentang kehidupan Rasul ini kemudian sedikit diketahui. Satu keyakinan tradisi menegaskan bahawa dia mati dengan kematian seorang mati syahid.

Injil Matius

Kitab pertama dalam Perjanjian Baru. Injil Matius mungkin ditulis pada awalnya untuk penggunaan orang Yahudi di Palestina. Itu menggunakan banyak petikan dari Perjanjian Lama. Maksud utama Matius adalah untuk memperlihatkan bahawa Yesus adalah Mesias tentang siapa para nabi Perjanjian Lama berbicara. Dia juga menekankan bahawa Yesus adalah Raja dan Hakim bagi manusia.

Untuk senarai peristiwa hidup Juruselamat dihuraikan dalam Injil Matius, lihat Keselaraan Kitab-Kitab Injil dalam lampiran.