Bantuan Pengkajian
Helaman, Anak lelaki Helaman


Helaman, Anak lelaki Helaman

Seorang nabi dan penyimpan catatan dalam Kitab Mormon yang mengajarkan orang-orang Nefi. Dia adalah cucu lelaki kepada Alma yang Muda dan ayah kepada Nefi yang telah diberikan kuasa ke atas segala unsur. Bersama dengan anak lelakinya, Nefi, Helaman menuliskan kitab Helaman.

Kitab Helaman

Bab 1ā€“2 menghuraikan masa kekacauan politik yang besar. Bab 3ā€“4 mencatatkan bahawa Helaman dan Moroniha, panglima utama bagi askar-askar bangsa Nefi, akhirnya telah berupaya mencapai kedamaian untuk suatu jangka waktu. Bagaimanapun, meskipun dengan kepimpinan para lelaki yang baik ini, orang-orang semakin bertumbuh dengan jahatnya. Dalam Helaman 5:1ā€“6:14 Nefi menyerahkan kerusi pengadilan, seperti yang telah dilakukan oleh datuknya, Alma, untuk mengajarkan orang-orang. Untuk suatu masa orang-orang bertaubat. Dalam Helaman 6:15ā€“12:26, bagaimanapun, bangsa Nefi menjadi jahat. Bab-bab terakhir, 13ā€“16, mengandungi catatan yang luar biasa mengenai seorang nabi yang digelar Samuel si bangsa Laman yang meramalkan kelahiran dan Penyaliban Juruselamat serta tanda-tanda yang akan menandai peristiwa-peristiwa tersebut.