Bantuan Kajian
Perjanjian Abraham
sebelumnya seterusnya

Perjanjian Abraham

Abraham menerima Injil dan ditahbiskan pada imamat tertinggi (A&P 84:14; Abr. 2:11), dan dia masuk ke dalam perkahwinan selestial, iaitu perjanjian permuliaan (A&P 131:1–4; 132:19, 29). Abraham menerima suatu janji bahawa segala berkat bagi perjanjian ini akan ditawarkan kepada keturunan fananya (A&P 132:29–31; Abr. 2:6–11). Berseiringan, perjanjian dan janji ini dipanggil perjanjian Abraham. Pemulihan perjanjian ini adalah Pemulihan Injil di zaman akhir, kerana melaluinya semua bangsa di bumi diberkati (Gal. 3:8–9, 29; A&P 110:12; 124:58; Abr. 2:10–11).