Bantuan Pengkajian
Surat kepada Jemaah di Efesus


Surat kepada Jemaah di Efesus

Di dalam Perjanjian Baru, sepucuk surat yang ditulis oleh Rasul Paulus kepada para Orang Suci di Efesus. Surat tersebut adalah sangat besar kepentingannya, kerana ia mengandungi ajaran-ajaran Paulus tentang Gereja Kristus.

Bab 1 seperti biasa mengandungi salam. Bab 2ā€“3 menjelaskan perubahan yang berlaku kepada orang apabila mereka menjadi para anggota Gerejaā€”mereka menjadi teman sewarga dengan para Orang Suci, bersama dengan bangsa bukan Israel dan orang Yahudi bersatu di dalam satu Gereja. Bab 4ā€“6 menjelaskan peranan-peranan Para Rasul dan para nabi, perlunya bagi perpaduan, dan perlunya untuk mengenakan seluruh perlengkapan perang Tuhan.