Sebagaimana digunakan dalam tulisan suci, kadang-kadang pesan yang terdengar diucapkan oleh Tuhan atau para utusan-Nya. Suara Roh boleh juga tak terdengar dan diarahkan pada hati atau fikiran.
Adam dan Hawa mendengar suara Tuhan Raja, Kej. 3:8 (Musa 4:14 ).
Tuhan berfirman kepada Elia dengan suara kecil yang lembut, 1 Raj. 19:11–13 .
Yang soleh mengikut suara Gembala Baik, Yoh. 10:1–16 .
Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan suara-Ku, Yoh. 18:37 .
Aku mematuhi suara Roh, 1 Ne. 4:6–18 .
Datanglah suatu suara kepadaku, memfirmankan: Enos, dosa-dosamu diampuni, Enos 1:5 .
Adalah suara yang tenang dengan kelembutan yang sermpurna dan meusuk bahkan terus ke dalam jiwa, Hel. 5:29–33 (3 Ne. 11:3–7 ).
Sama ada melalui suara-Ku sendiri atau melalui suara para hamba-Ku, ia adalah sama, A&P 1:38 .
Apa pun yang akan mereka ucapkan apabila diilhami oleh Roh Kudus akan menjadi suara Tuhan, A&P 68:2–4 .
Setiap jiwa yang mematuhi suara-Ku akan melihat muka-Ku dan mengetahui bahawa Aku ada, A&P 93:1 .