Bantuan Pengkajian
Hizkia


Hizkia

Seorang raja bangsa Yehuda yang soleh dalam Perjanjian Lama. Beliau memerintah selama dua puluh sembilan tahun, semasa Yesaya adalah nabi di Yehuda (2Ā Raj. 18ā€“20; 2Ā Taw. 29ā€“32; Yes. 36ā€“39). Yesaya membantu beliau dalam membentuk semula gereja dan negeri. Beliau menumpaskan penyembahan berhala dan mengembalikan lagi pelayanan bait suci. Kehidupan Hizkia dilanjutkan selama lima belas tahun melalui doa dan iman (2Ā Raj. 20:1ā€“7). Pada awal pemerintahannya adalah makmur, tetapi pemberontakannya terhadap raja Asyur (2Ā Raj. 18:7) telah menyebabkan dua penaklukan dari orang Assyria: yang pertama dihuraikan dalam Yesaya 10:24ā€“32, yang kedua dalam 2Ā Raja-Raja 18:13ā€“19:7. Dalam penaklukan yang kedua, Yerusalem telah diselamatkan oleh seorang malaikat Tuhan (2Ā Raj. 19:35).