Bantuan Pengkajian
Joseph Smith Jr.


Joseph Smith Jr.

Nabi yang dipilih untuk memulihkan Gereja Yesus Kristus yang sejati ke bumi. Joseph Smith lahir di negara bahagian Vermont, Amerika Syarikat dan hidup dari tahun 1805 sampai 1844.

Pada tahun 1820, Tuhan Bapa dan Yesus Kristus menampakkan diri kepada Joseph, dan dia mendapat tahu bahawa tidak ada satu pun gereja di atas bumi adalah benar (JSā€”S 1:1ā€“20). Kemudian Dia dikunjungi oleh malaikat Moroni, yang mengungkapkan tempat disembunyikannya kepingan-kepingan emas yang mengandungi catatan tentang bangsa-bangsa zaman dahulu di Benua Amerika (JSā€”S 1:29ā€“54).

Joseph menterjemahkan kepingan-kepingan emas tersebut dan pada tahun 1830 menerbitkannya sebagai Kitab Mormon (JSā€”S 1:66ā€“67, 75). Pada tahun 1829, dia menerima wewenang imamat dari Yohanes Pembaptis serta dari Petrus, Yakobus, dan Yohanes (A&P 13; 27:12; 128:20; JSā€”S 1:68ā€“70).

Sebagaimana diarahkan oleh Tuhan, pada tanggal 6Ā April 1830, Joseph dan beberapa yang lain mengorganisasi Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan (A&P 20:1ā€“4). Di bawah kepemimpinan Joseph, Gereja tumbuh di Kanada, Inggris, serta bahagian sebelah timur Amerika Syarikat, khususnya di Ohio, Missouri, dan Illinois. Penganiayaan serius mengikuti Joseph dan para Orang Suci di mana pun mereka berhuni. Pada tanggal 27Ā Juni 1844, Joseph dan abangnya Hyrum mati syahid di Carthage, Illinois, di Amerika Syarikat.

Tulisan suci yang dibawakan oleh Nabi Joseph Smith

Joseph menterjemahkan bahagian-bahagian dari kepingan-kepingan emas yang diberikan kepadanya oleh malaikat Moroni, yang penterjemahannya diterbitkan tahun 1830 sebagai Kitab Mormon. Dia juga menerima banyak wahyu dari Tuhan yang merangkakan ajaran-ajaran dasar dan organisasi Gereja. Banyak dari wahyu ini disusun dalam apa yang sekarang dikenal sebagai Ajaran dan Perjanjian. Dia juga bertanggungjawab untuk membawakan Mutiara yang Sangat Berharga, yang mengandungi penterjemahan yang diilhami dari sebahagian tulisan Musa, Abraham, dan Matius, petikan-petikan dari sejarah dan kesaksian peribadinya, serta tiga belas pernyataan tentang ajaran dan kepercayaan oleh Gereja.