Bantuan Pengkajian
Perjanjian yang Baru dan Kekal


Perjanjian yang Baru dan Kekal

Kegenapan Injil Yesus Kristus (A&P 66:2). Itu adalah baru setiap kali diungkapkan sekali lagi menyusul suatu tempoh masa kemurtadan. Itu adalah kekal dalam pengertian bahawa itu adalah perjanjian Tuhan dan telah dinikmati dalam setiap zaman keagamaan Injil dimana orang-orang telah bersedia untuk menerimanya. Perjanjian yang baru dan kekal diungkapkan kembali kepada manusia di atas bumi oleh Yesus Kristus melalui Nabi Joseph Smith. Itu mengandungi tatacara-tatacara kudus yang dilaksanakan oleh wewenang imamatā€”misalnya pembaptisan dan perkahwinan bait suciā€”yang menyediakan bagi keselamatan, kebaqaan, dan kehidupan abadi manusia. Ketika orang-orang menerima Injil dan berjanji untuk menaati perintah-perintah Tuhan, Tuhan membuat perjanjian untuk memberi mereka berkat-berkat dari perjanjian-Nya yang baru dan kekal.